Friday, December 17, 2010

cemburu punya pasal..

KOTA TINGGI – Perasaan cemburu yang meluap-luap seorang lelaki terhadap seorang wanita yang dikatakan keluar dengan lelaki lain sampai ke kemuncaknya apabila dia bertindak menikam mangsa bertubi-tubi dengan sebilah pisau dan menyimbah tubuhnya dengan cuka getah kelmarin.
Kejadian pukul 9.15 pagi itu berlaku di rumah mangsa di Kampung Baru Sungai Redan di sini.
Ekoran itu, Nur Ain Ashikin Jemedi, 17, koma apabila badannya melecur hampir 70 peratus akibat terkena cuka tersebut manakala beberapa bahagian tubuhnya termasuk di kiri dan kanan punggung, belakang badan, kedua-dua belah tangan dan paha ditikam sebanyak 19 kali.
Mangsa kini sedang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.
Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh anak angkat keluarga mangsa berusia 42 tahun yang dikatakan tidak dapat menerima hakikat bahawa cintanya ditolak selain cemburu.

untuk lelaki:pesanan buat mereka...kalau cinta ditolak itu tidak bererti hidup sudah berakhir...kalau jalan pintas yg  diambil,pasti makan diri balik.so fikir baik...'life must go on',,even cinta xberbalas...nape nk paksa orang untuk terima cinta kita..yer x?cari jer yang laen....perempuan ramai kot sekarang nih...
untuk wanita:kalau kita sememangnya xbekenan dengan mana2 lelaki...cakap baik2...janji xsakit hati yg mendengar.susah  taw kalo orang marah kita dalam diam.PARAH JADINYA!!!simbah asid la..tikam la...masyallah...nak ke semua tu?yang penting jangan maenkan perasaan orang ok...say 'no' if xsuka...and say 'yes' if suka.....
p/s:sorry no pic pasal aku sangat takot tengok gambar yg kena simbah asid nih....nak copy pon aku serammmmm....

1 comment: