Tuesday, December 14, 2010

Kelantan Perkenal Program Perkahwinan Perdana Elak Perceraian


KOTA BAHARU: Kerajaan Kelantan akan memperkenalkan program perkahwinan perdana peringkat negeri melibatkan pasangan remaja bagi mengatasi masalah perceraian yang kadarnya agak tinggi di negeri itu.
Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata program pertama yang dijangka dilancarkan tahun depan akan melibatkan 100 pasangan.
Beliau juga berkata kerajaan negeri akan meneruskan program membantu lelaki miskin yang ingin mendirikan rumah tangga dengan memberi bantuan kewangan bagi menampung perbelanjaan mengikut kadar yang ditetapkan.
"Kerajaan juga sentiasa mengadakan pelbagai kursus penghayatan keluarga bahagia bagi memantapkan lagi hubungan kekeluargaan," katanya.- BERNAMA

p/s: bagus betol Tok Guru nih....idea bagus...

No comments:

Post a Comment