Tuesday, December 14, 2010

kereta honda terbaru...INSIGHT!


Honda Malaysia telah membuat pengumuman bahawa ahli keluarga kereta hibrid terbaru dari Honda bakal memasuki pasaran Malaysia pada bulan depan. Model yang dimaksudkan ialah Honda Insight. Menurut pihak Honda, model Insight merupakan kereta hibrid sebenar dengan ciri-ciri canggih dan berteknologi terkini, bukan saja mampu memberikan pengalaman baru kepada mereka yang mementingkan pemeliharaan alam sekitar, malah kereta yang dikuasai enjin SOHC i-VTEC 1.3 liter yang diperbaharui itu mampu menjimatkan penggunaan minyak dan memberi pembakaran enjin sempurna. Harga sebenar masih belum diumumkan, namun Honda Malaysia memberi jaminan bahawa rakyat Malaysia akan mampu memiliki sebuah kereta hibrid berteknologi moden pada harga mampu milik.
Tidak seperti Honda Civic Hybrid, bahagian dalaman Honda Insight lebih eksklusif dan futuristik, demi mengangkat imej kereta hibrid itu. Honda Insight telah dijadualkan akan membuat penampilan pertama di Kuala Lumpur International Motor Show 2010 (KLIMS 2010) pada 2 Disember nanti. Sebelumnya Honda Civic Hybrid, kemudiannya Honda Insight, pada tahun hadapan pula mungkinkah Honda Jazz Hybrid??!!

No comments:

Post a Comment