Thursday, February 3, 2011

new single release

H0LD IT AGAINST ME!!sedap lagu nih..nih merupakan single terbaru dari puteri pOp..world lah!!Britney jean spears...korang try lah dgr..memandangkan aku minat dia sejak aku kenal dia dgr first song dia...baby one more time....dia sangat comel time nih,...

klik je kt video bawah tu k....daaaaaaa....

Britney Spears- Hold it against me (REAL VERSION FULL) NEW song 2011(HQ)

Friday, January 28, 2011

kenali raut wajah lelaki..

1. Rambut terurai
Kaum lelaki yang berambut terurai adalah seorang individu yang suka berfikir dan artistik dalam hubungan percintaan dan seks. Mereka ialah individu yang serius dalam bercinta. Oleh itu, sekiranya mereka jatuh cinta, dia akan menyerahkan sepenuh cintanya pada wanita yang dicintainya.

2. Kening tebal seolah-olah bertemu di tengah
Lelaki ini digambarkan sebagai sulit untuk menemui keseimbangan dalam kehidupan seksualnya. Karakternya juga dilihat sering berubah-ubah di mana, dia boleh tiba-tiba menjadi terlalu aktif atau sebaliknya. Maka tidak hairanlah sekiranya mereka lebih cenderung pada wanita yang memilki wanita yang bersifat keibuaan yang mampu merawat dan memberi sepenuh perhatian pada mereka.

3. Kening melengkung ke atas
Lelaki yang memiliki fizikal kening seperti ini dikatakan memiliki karaketer dominan sewaktu diranjang. Sebolehnya, mereka ingin menguasai dan menawan pasangan.

4. Bermata besar
Lelaki bermata besar selalunya berfikiran terbuka. Ini berlaku sebaliknya pada mereka yang bermata kecil dan berambut kerinting kerana golongan ini memiliki keinginan seks yang tinggi.

5. Bertelinga dan berkening lebar
Memiliki tahap seksual yang tinggi serta mempunyai daya tahan yang tinggi sewaktu berhubungan. Ditambah pula dengan fesyen tanpa rambut, lelaki berkepala botak adalash seorang yang keras hati tetapi dalam masa yang sama, dia juga berhati lembut dalam sesetengah situasi.

6. Gemar mewarnakan rambut dan berbibir tipis

Golongan ini gemar mencari perhatian. Namu begitu, dalam masa yang sama dia jarang dapat memuaskan pasangannya sewaktu bersama meskipun ‘telah bekerja keras’.

padah onani sekian lama

Setiap perkara jika dilakukan secara keterlaluan boleh memberi kesan negatif walaupun ia baik serta menyeronokkan seperti senaman. Senaman jika dilakukan berlebihan mampu menyebabkan badan mengalami tekanan dan secara automatik mengganggu kesihatan. Sama juga dengan onani yang dapat melegakan tekanan syahwat tetapi jika kerap dilakukan, ia menjadikan pelakunya letih, lemah serta tidak bermaya, seterusnya memberi ketrampilan wajah individu itu kelihatan ‘tua’.

Jika anda tidak mahu perkara itu berlaku, sudah tentu anda akan menjauhkan diri daripada perbuatan terbabit. Mungkin itu yang dikehendaki penulis buku berkaitan amalan onani seperti anda baca. Jika ditinjau beberapa rencana yang dipaparkan di dalam laman web berkaitan masturbasi atau onani, semuanya mengatakan perbuatan itu satu cara untuk mengenali diri dan syahwat, selain ia perbuatan yang melegakan tekanan serta menceriakan diri.

Ada situasi di mana individu yang kerap beronani tidak dapat menghayati keseronokan syahwat dengan pasangan selepas berkahwin kerana dia hanya mampu mencapai klimaks melalui ‘cara’ tersendiri. Oleh itu, dia gagal klimaks dengan pasangan, kecuali jika melakukan onani. Sudah tentu perkara seperti itu mampu menjejaskan hubungan suami isteri.

Tanpa ejakulasi secara bersetubuh, lelaki terbabit tidak mampu menyalurkan sperma manakala isteri pula tidak akan hamil! Jadi, anda buatlah pilihan sama ada mahu meneruskan amalan onani atau mengurangkannya dan hanya dilakukan setakat untuk melegakan tekanan syahwat.

Jika anda tidak melakukannya secara kerap dan letih, saya pasti anda tidak akan kelihatan tua. Lagi pun, onani tidak menyebabkan ‘ketuaan’. Kadang-kala jika anda selalu beronani, zakar anda akan tumbuh membantut dan ditakuti tidak dapat memuaskan wanita. Juga terjadi kes ejakulasi pra-matang. Oleh itu berhati-hatilah!

keburukan tidak menyusu baby

Risiko kematian bayi dan kanak-kanak kecil di negara membangun meningkat 10 hingga 15 kali bagi mereka yang tidak menyusu badan pada usia tiga bulan pertama. Kebanyakan kematian berpunca penyakit cirit-birit yang serius.

Kajian pula menunjukkan 40,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari (28 orang setiap satu minit) di negara-negara membangun. Mereka adalah mangsa kekurangan zat makanan.

Untuk itu United Nations International Childrens Fund (UNICEF) telah mengenal pasti tujuh cara berkesan menyelamatkan jutaan nyawa kanak-kanak. Salah satu caranya adalah meningkatkan kadar penyusuan susu ibu di kalangan ibu-ibu.

Meskipun angka kematian begitu tinggi di negara-negara membangun dan mundur ini tidak bererti negara maju terkecuali. Di Amerika dan barat Eropah banyak kes Sudden Death Of Unknown Cause (SIDS) atau Cot Death dilaporkan berlaku. Dan kajian menunjukkan kebanyakan mereka yang meninggal akibat ini terdiri daripada kanak-kanak menvusu botol.

IBU ENGGAN MEYUSU BABY??KENAPA???

  • cetek ilmu penyusuan
  • no experience
  • no support 
  • tidak praktikal
  • menyusahkan dan letih
  • suami tidak dapat memainkan peranan 
  • bimbang kesihatan diri terjejas
  • tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi.
  • bimbang buah dada akan melendur.

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.

disebabkan itulah kebanyakan anak sulung memiliki daya imunisasi yang kuat. Mereka tidak mudah jatuh sakit dan jarang sekali mengalami masalah kesihatan yang teruk...mungkin disebabkn inilah kesihatan mereka terjamin...oleh itu..susu ibu yang terbaik...

harta 'benda' wanita..kena jaga jugak taw!!!

1. Periksa payudara anda
Anda digalakkan untuk membuat pemeriksaan payudara anda sendiri sekurang-kurangnya sebulan sekali. Waktu yang sesuai untuk anda lakukan pemeriksaan ini adalah pada tarikh yang sama setiap bulan atau beberapa hari selepas kedatangan haid. Mengikut kajian, selepas haid payudara anda masih lagi lembut dan senang untuk mengesan sekiranya terdapat sebarang tanda dan segeralah berjumpa dengan doktor. kita boleh tahu jika payudara mengalami sebarang perubahan..mungkin sakit jika ditekan....atau ngilu....


 2. Jauhi pembedahan
Ada segelintir wanita yang ingin memiliki payudara yang besar dengan mengambil jalan yang mudah iaitu melakukan pembedahan. Sebelum anda mengambil keputusan untuk melakukan anda digalakkan membuat beberapa kajian akan risiko yang anda akan alami selepas melakukan pembedahan tersebut kerana ia mungkin akan mengorbankan asset kesayangan ini. Sebenarnya kecantikan seorang wanita datangnya dari dalam diri seseorang wanita itu sendiri. nih cara paling fake untuk dapat payudara yang montok dan cantik...rasanya kita perlu lebih bersyukur dengan saiz yg dikurniakan sebab efek pembedahan nih bukan elok...

3. Kesihatan payudara
Bagi mendapatkan bentuk payudara ynag menawan, anda digalakkan untuk membuat beberapa senaman bagi menguatkan otot pektoral dan yoga. Senaman ini dapat memberi kepuasan kepada anda kerana ia akan menjadikan payudara anda cantik, montok dan menawan. Di sini ada beberapa cara untuk menguatkan otot pektoral :

i) Senaman biasa
-tekan kedua telapak tangan ke dinding sambil anda memandang ke atas.
-anda diminta untuk menahan beberapa minit dan lepaskan secara perlahan.
-posisi ini haruslah diulang beberapa kali dan ia boleh dilakukan di dalam bilik mandi.
-lakukan mengangkat dan menurunkan bahu secara berulang-ulang untuk memperkuatkan otot payudara anda.
ii) Yoga
-untuk melakukan senaman secara yoga anda perlu menenangkan fikiran dahulu sambil menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara perlahan-lahan.
-kedua lengan didepakan separas bahu dan gerakan perlahan-lahan lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah.
-berhenti lima saat dan sambung semula dalam posisi yang sama tetapi lengan kiri ke atas
-lakukan gerakan tersebut sebanyak 10 kali setiap hari.

4. Sentuhan lembut
Percaya atau tidak sebenarnya minyak aromaterapi boleh digunakan untuk mengurut serta menganjalkan payudara. Sentuhan yang lembut dan urutan yang sempurna akan dapat memberi ransangan kepada saluran darah di payudara anda. Cara urutan yang disyorkan kepada anda adalah dengan mengurut ke luar, ke bawah dan ke dalam mengikut aliran payudara anda. Jika dibandingkan dengan penggunaan masker dank rim, cara menggunakan minyak aromaterapi lebih efektif kerana ia akan memudahkan urutan dan minyak akan lebih cepat menyerap ke dalam saluran.

5. Menjaga kebersihan payudara
Kita digalakkan untuk menjaga kebersihan diri termasuk jugalah dengan payudara kerana payudara yang bersih akan membuat payudara bertambah cantik. Apabila anda melakukan pemeriksaan, anda haruslah memberikan sepenuh tumpuan pada bahagian puting kerana ia merupakan kilang pengeluaran susu minyak. Pengeluaran minyak adalah bertujuan untuk melicinkan bahagian putting dan arela supaya ia tidak kering serta kulit tidak pecah. Cara penggunaan kapas dan minyak zaitun juga boleh dipratikkan untuk membersihkan kelenjar minyak yang melekat di bahagian puting.

6. Guna baju dalam yang sesuai
Apabila anda memilih baju dalam, anda haruslah memilih mengikut kesesuaian anda. Contohnya memakai baju dalam ketika hamil dan tempoh menyusu anda, haruslah sesuai mengikut situasi tersebut. Ini kerana untuk memastikan payudara berada di dalam keadaan yang betul. Ramai wanita yang tidak tahu saiz bra mereka?hmm....ini penting untuk dipelajari kerana pemakaian bra pada saiz yg betul boleh mengelakkan sesak nafas dan breast cancer...girl!!takes note..

7. Penyusuan
Ketika menyusukan bayi, anda haruslah meletakkan bayi di dalam posisi yang betul agar bayi anda tidak menarik payudara anda. Di dalam proses penyusuan berlaku, terdapat masalah yang dihadapi oleh segelintir wanita yang dipanggil bengkak susu. Masalah ini dapat diatasi dengan cara memerah susu secara lembut untuk mengurangkan kesakitan atau dengan cara menuam payudara menggunakan air suam.
Anda juga perlu tahu, dengan menyusukan anak ia dapat membantu mengecutkan rahim dengan cepat kepada asal dan menghindarkan daripada terkena penyakit barah yang ditakuti oleh wanita di dunia ini.

8. Jangan ramas payudara anda
Anda dinasihatkan agar tidak meramas payudara ketika melakukan hubungan kelamin, ini kerana ia boleh membuatkan payudara anda lebih cepat kendur daripada biasa. Jadi anda harus mengingatkan pasangan tentang perkara ini.