Friday, November 22, 2013

key of trust

Aku nk tulis pasal cinta ehh....
Hehe....
Memulakan hubungan...kita sedaya upaya cuba tackle si dia...sanggup berhabis duit topap,masa brgayut..tenaga pergi dating...
Sebab???
Kita mahukan dia...
MAHUKAN DIA!!!

bila perhubungan terus ke tahun pertama....
Tahun kedua....
Tahun ketiga....
Tahun keempat....tahun kelima...
Ertinya kita dh sehabis mampu menjaga hubungan itu....
Lima tahun bukan masa yang pendek untuk menjaga 2 hati yang tentunya xseperti hati kita..

Alangkah kecewanya hati yang setia jika ditambah rencah kecurangan ketika itu....
Kenapa lakukannya setelah bertahun telahbersama...untuk saling kita mengenal..

Satu sahaja nasihat aku...
Pilihlah individu yg kita mahu kongsi hidup brrsama...
Dan bukan indvidu yang kita hnya tahu koyakkan hatinya umpama kertas kosong..

Layanlah dia seperti hal yg penting dan amt penting....layanlah seperti wanita mahupun lelaki yang layak utk dicintai...

Jika curang itu menyakitkn...usahlh biar dia rasakan...sekali kita yg terkena....
Baru tahu sakit atau tidak...

Sedar atau tidak...kadang2 pertanyasn kita itu timbul dari rasa tidak percaya pd pasangan...
#kau ada lelaki lain??
#kau makan dgn lelaki lain?
#kau keluar dgn lelaki lain?

WHY WHY WHY???
Nampak tak rasa xpercaya kt situ!???

Cemburu itu perlu tapi pertanyaan spt itu mampu mengguris hati yg medengar....

Jahatkah aku?
Terukkah aku?
Hinakah aku?

Tuesday, November 5, 2013

kini kembali...

3 februari 2011...tu entry last aku as a blogger...why why why??? 3 tahun yang telalu sibuk sampai xjengah langsung blog aku...ish ish ish....sibuk ke???hahaha

Yer lah....dr last entry tu....aku kerjaaaaaaaaaa...zast zast zasttttt....setahun kemudian aku sambung belajaq pulak...

Dh hampir brlalu 2 tahun pengajian....*nerd ayt aku....sekarang di tahun akhir....tah mcm mn teringat pulak blog aku yg dh brhabuk dan usang ni....fuh fuh fuhhhhh!!!!buang habuk sikit....hehe..

Rindu utk menulis lagi....kuikuikui...


Thursday, February 3, 2011

new single release

H0LD IT AGAINST ME!!sedap lagu nih..nih merupakan single terbaru dari puteri pOp..world lah!!Britney jean spears...korang try lah dgr..memandangkan aku minat dia sejak aku kenal dia dgr first song dia...baby one more time....dia sangat comel time nih,...

klik je kt video bawah tu k....daaaaaaa....

Britney Spears- Hold it against me (REAL VERSION FULL) NEW song 2011(HQ)

Friday, January 28, 2011

kenali raut wajah lelaki..

1. Rambut terurai
Kaum lelaki yang berambut terurai adalah seorang individu yang suka berfikir dan artistik dalam hubungan percintaan dan seks. Mereka ialah individu yang serius dalam bercinta. Oleh itu, sekiranya mereka jatuh cinta, dia akan menyerahkan sepenuh cintanya pada wanita yang dicintainya.

2. Kening tebal seolah-olah bertemu di tengah
Lelaki ini digambarkan sebagai sulit untuk menemui keseimbangan dalam kehidupan seksualnya. Karakternya juga dilihat sering berubah-ubah di mana, dia boleh tiba-tiba menjadi terlalu aktif atau sebaliknya. Maka tidak hairanlah sekiranya mereka lebih cenderung pada wanita yang memilki wanita yang bersifat keibuaan yang mampu merawat dan memberi sepenuh perhatian pada mereka.

3. Kening melengkung ke atas
Lelaki yang memiliki fizikal kening seperti ini dikatakan memiliki karaketer dominan sewaktu diranjang. Sebolehnya, mereka ingin menguasai dan menawan pasangan.

4. Bermata besar
Lelaki bermata besar selalunya berfikiran terbuka. Ini berlaku sebaliknya pada mereka yang bermata kecil dan berambut kerinting kerana golongan ini memiliki keinginan seks yang tinggi.

5. Bertelinga dan berkening lebar
Memiliki tahap seksual yang tinggi serta mempunyai daya tahan yang tinggi sewaktu berhubungan. Ditambah pula dengan fesyen tanpa rambut, lelaki berkepala botak adalash seorang yang keras hati tetapi dalam masa yang sama, dia juga berhati lembut dalam sesetengah situasi.

6. Gemar mewarnakan rambut dan berbibir tipis

Golongan ini gemar mencari perhatian. Namu begitu, dalam masa yang sama dia jarang dapat memuaskan pasangannya sewaktu bersama meskipun ‘telah bekerja keras’.

padah onani sekian lama

Setiap perkara jika dilakukan secara keterlaluan boleh memberi kesan negatif walaupun ia baik serta menyeronokkan seperti senaman. Senaman jika dilakukan berlebihan mampu menyebabkan badan mengalami tekanan dan secara automatik mengganggu kesihatan. Sama juga dengan onani yang dapat melegakan tekanan syahwat tetapi jika kerap dilakukan, ia menjadikan pelakunya letih, lemah serta tidak bermaya, seterusnya memberi ketrampilan wajah individu itu kelihatan ‘tua’.

Jika anda tidak mahu perkara itu berlaku, sudah tentu anda akan menjauhkan diri daripada perbuatan terbabit. Mungkin itu yang dikehendaki penulis buku berkaitan amalan onani seperti anda baca. Jika ditinjau beberapa rencana yang dipaparkan di dalam laman web berkaitan masturbasi atau onani, semuanya mengatakan perbuatan itu satu cara untuk mengenali diri dan syahwat, selain ia perbuatan yang melegakan tekanan serta menceriakan diri.

Ada situasi di mana individu yang kerap beronani tidak dapat menghayati keseronokan syahwat dengan pasangan selepas berkahwin kerana dia hanya mampu mencapai klimaks melalui ‘cara’ tersendiri. Oleh itu, dia gagal klimaks dengan pasangan, kecuali jika melakukan onani. Sudah tentu perkara seperti itu mampu menjejaskan hubungan suami isteri.

Tanpa ejakulasi secara bersetubuh, lelaki terbabit tidak mampu menyalurkan sperma manakala isteri pula tidak akan hamil! Jadi, anda buatlah pilihan sama ada mahu meneruskan amalan onani atau mengurangkannya dan hanya dilakukan setakat untuk melegakan tekanan syahwat.

Jika anda tidak melakukannya secara kerap dan letih, saya pasti anda tidak akan kelihatan tua. Lagi pun, onani tidak menyebabkan ‘ketuaan’. Kadang-kala jika anda selalu beronani, zakar anda akan tumbuh membantut dan ditakuti tidak dapat memuaskan wanita. Juga terjadi kes ejakulasi pra-matang. Oleh itu berhati-hatilah!

keburukan tidak menyusu baby

Risiko kematian bayi dan kanak-kanak kecil di negara membangun meningkat 10 hingga 15 kali bagi mereka yang tidak menyusu badan pada usia tiga bulan pertama. Kebanyakan kematian berpunca penyakit cirit-birit yang serius.

Kajian pula menunjukkan 40,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari (28 orang setiap satu minit) di negara-negara membangun. Mereka adalah mangsa kekurangan zat makanan.

Untuk itu United Nations International Childrens Fund (UNICEF) telah mengenal pasti tujuh cara berkesan menyelamatkan jutaan nyawa kanak-kanak. Salah satu caranya adalah meningkatkan kadar penyusuan susu ibu di kalangan ibu-ibu.

Meskipun angka kematian begitu tinggi di negara-negara membangun dan mundur ini tidak bererti negara maju terkecuali. Di Amerika dan barat Eropah banyak kes Sudden Death Of Unknown Cause (SIDS) atau Cot Death dilaporkan berlaku. Dan kajian menunjukkan kebanyakan mereka yang meninggal akibat ini terdiri daripada kanak-kanak menvusu botol.

IBU ENGGAN MEYUSU BABY??KENAPA???

  • cetek ilmu penyusuan
  • no experience
  • no support 
  • tidak praktikal
  • menyusahkan dan letih
  • suami tidak dapat memainkan peranan 
  • bimbang kesihatan diri terjejas
  • tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi.
  • bimbang buah dada akan melendur.

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.

disebabkan itulah kebanyakan anak sulung memiliki daya imunisasi yang kuat. Mereka tidak mudah jatuh sakit dan jarang sekali mengalami masalah kesihatan yang teruk...mungkin disebabkn inilah kesihatan mereka terjamin...oleh itu..susu ibu yang terbaik...